Thursday, 26 April 2012


Menghormati Hak Kanak-Kanak

Definisi :
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Kata Kunci :
Hak kanak-kanak hendaklah dibela dan dipelihara.

Contoh :
- Encik Ramasamy telah memberikan pendidikan persekolahan kepada semua anaknya tanpa mengira jantina.
- Yee Lian telah melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak yang telah berlaku di sebelah rumahnya.
- Kerajaan Malaysia telah mendrafkan undang-undang dan akta yang melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan penganiayaan.
- Sekolah Rendah Pasir Gudang telah mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kanak-Kanak di peringkat daerah Johor Bahru.
- Ah Seng memberikan makanan dan pakaian yang sempurna kepada anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment