Monday 23 April 2012

Surah Yasin (Full) ( Saad Al-Ghamidi )

Zikir Ketenangan Hati dan Jiwa

Ayatul Kursi Zikir Taubat

Salawat Nabi Muhammad

Doa Permudah Segala Urusan & Hajat

Selawat Murah Rezeki

... zikir penenang hati

Surah Yasin (Full) ( Saad Al-Ghamidi )

20 Amalan Murah Rezeki

lihat diri anda selepas menonton klip ini

Renungan dari Sebuah Kepompong | Frenavit Blog

Johan Bercerita MTQSS Kebangsaan 2010(p)-KL.MPG

Pertandingan pidato Sekolah-Sekolah Rendah Swasta Senegara 2011

Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Peringkat Negeri Ke-28 Part 13-20

Adik-adikku Zaid Najmuddin akhir

Pertandingan Pidato Kanak-kanak Malaysia 2009 (Separuh Akhir Kategori Ba...

Pertandingan Pidato Kanak-kanak Malaysia 2009 (Johan Kategori Bahasa Mel...

Pertandingan Pidato Kanak-kanak Malaysia 2009 (Separuh Akhir Kategori Ba...

Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia
Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
  • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
  • Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
  • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Zaman pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:
  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.
Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.
Strategi Bagi Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-langkah dan strategi telah disusun, antaranya; Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama; Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; Mendemokrasikan pendidikan; Pelaksanaan KBSR dan KBSM; Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan disiplin; Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik; Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat universiti; Pengajaran bahasa ibunda; dan Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum.

1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:
    “Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.” (Akta Pendidikan, 1996)

Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.
2. Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama

Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996):
    “Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.”

Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.
3. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.
4. Mendemokrasikan pendidikan

Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an. Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.
Isu-Isu Pendidikan di Malaysia
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
  • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
  • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
  • Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
  • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
  • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
  • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
  • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
  • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Isu-isu  lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
  • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
  • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
  • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
  • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
  • Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
  • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
  • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
  • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Kuasa dan Politik

Sering kali kita mendengar di sana-sini orang memperkatakan tentang politik. Tidak kira pelbagai peringkat penutur dan pelbagai pandangan mengenai pengertiannya. Ahli politik memperkatakan tentang makna politik bagi mereka, semetara pihak yang lain pula mengujarkan tentang kuasa politik yang disalah guna oleh sesetengah pihak. Para guru sedang aktif dalam politik negara, sedangkan pelajarnya leka berpolitik dengan rakan di luar sekolah. Sang bapa sibuk berpolitik di luar rumah, sedangkan si ibu sedang asyik berpolitik dengan jiran tetangga. Lihatlah betapa besarnya pengaruh politik ini dalam kehidupan kita. Setiap orang memang tidak dapat lari daripadanya.

Walaubagaimanapun saya bukanlah hendak menghuraikan panjang lebar tentang politik negara. Apatah lagi untuk mencampuri bidang tersebut. Bukan kerana tidak berminat atau menyerahkan bulat-bulat kepada orang tertentu untuk menguruskannya, tetapi hanya belum sampai masanya saya terlibat dalam arena tersebut. Ini kerana masih banyak selok-belok politik yang belum saya ketahui. Bahkan politik di rumah dan di tempat kerja juga perlu saya uruskan. Justeru, saya hanya ingin berkongsi bidang politik ini dengan mereka yang seangkatan dengan saya, iaitu kuasa dan politik dalam pendidikan.

Dalam bidang pendidikan, khususnya sesebuah sekolah, kuasa adalah milik pentadbir dan guru-guru kanan dalam herarki pentadbiran. Pihak pengurusan sekolah mempunyai sumber kuasa dalam hal tertentu yang menyebabkan arahan dan dominasi politik mereka dipatuhi. Dominasi politik dalam konteks ini adalah berupa kuasa yang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan, menentukan budaya pengurusan dan komunikasi dalam organisasi. Dalam hal ini, kuasa dan politik dalam pendidikan amat penting dalam membuat keputusan, aktiviti, sistem dan iklim sekolah berkenaan. Kuasa dan politik dapat mendominasikan sistem dan peraturan sesebuah sekolah yang akan memangkin kelancaran pengurusan sesebuah sekolah. Bahkan ia juga menjadi penentu aras dalam menentukan sama ada berkesan atau tidak pengurusan di sekolah berkenaan. Secara analoginya, sebuah sekolah yang berkesan adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang positif dan sebaliknya sekolah yang kurang atau tidak berkesan pula adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang negatif oleh pentadbirnya.

Kuasa dan politik dalam pentadbiran sekolah adalah merangkumi kuasa dan autoriti pihak pengurusan yang mencakupi sumber kuasa mereka yang menyebabkan mereka dapat mempengaruhi kakitangan bawahan untuk berkerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Begitu juga amalan politik yang positif sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan amalan kuasa tersebut dan seterusnya membawa kepada pencapaian matlamat dan wawasan sekolah yang telah ditetapkan. Justeru, kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah. Namun demikian, kuasa dan politik adalah bergantung dengan penerimaan kakitangan sekolah. Ini telah dijelaskan oleh Griffith (1984) dalam Zaidatol Akmaliah Lope Phie (2000) yang menganggap kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi hubungan manusia. Kejayaan dalam hubungan tersebut bergantung kepada hubungan dua hala di antara pentadbir dan orang di bawah pentadbiran mereka. Hubungan yang baik akan dapat membantu kelancaran pentadbiran manakala hubungan yang menolak atau negatif sudah pasti akan menggagalkan segala usaha yang telah dirancang.

PERUBAHAN BERMULA DARIPADA KONSEPSI
Berdasarkan pengamatan Pratt (1997) terhadap 15 kajian yang berkaitan konsepsi pengajaran, didapati bahawa kepercayaan pensyarah atau konsepsi pensyarah terhadap pengajaran memainkan peranan utama dalam menjadikan sesuatu pengajaran itu bermutu dan berkesan.

The impact of a teacher’s attitude toward teaching, toward students, and toward learning is profoundly significant than any degree learned or subject mastered. (Witham, 1993, hlm.1)

Changing lecturer’s understanding of teaching is a necessary condition for improving teaching in higher education. (Ramsden, 1993, hlm. 117)
Pada pandangan saya…cara memandang pengajaran ataupun cara berfikir tentang pengajaran itu menyebabkan perbezaan yang mungkin amat penting tentang apa erti, apa jadinya dan apa pengaruhnya, baik bagi guru mahupun murid.

Pullias dan Young (terjemahan, 1982, hlm. 19)

Kebanyakan guru pelatih yang mengkonsepsikan pengajaran sebagai menyampaikan maklumat melaporkan mengalami pengalaman yang pahit dan mengecewakan semasa melalui program latihan mengajar di sekolah.
Subjek yang mengkonsepsikan pengajaran sebagai sebagai membina diri menjadi manusia yang lebih baik melihat pengalaman mengajar ini sebagai satu pengalaman yang manis dan mencabar.

(Wan Zah, 2000)

Bagi golongan ini, pengalaman bergelut dengan masalah dan mengatasinya telah menimbulkan perasaan puas serta satu kesedaran yang amat berguna kepada subjek bahawa tidak ada yang dapat merubah pengajaran guru kecuali guru itu sendiri.

Guru harus melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.

Apakah Itu Konsepsi?

Conceptions are specific meanings attached to phenomena which then mediate our response to situations involving those phenomena. We form conceptions of virtually every aspect of perceived world, and in doing so, use those abstract representations to delimit something from, and relate it to, other aspects of our world. In effect, we view the world through the lenses of our conceptions, interpreting and acting in accordance with our understanding of the world.

 (Pratt , 1992, hlm. 204
2 Kategori Konsepsi Pengajaran yang Utama (Kember, 1997)

Berpusatkan pengajar/ berorientasikan kandungan
Menyampaikan maklumat (imparting information)

Menyampaikan pengetahuan yang telah distruktur (transmitting structured knowledge)

Berpusatkan pelajar/ berorientasikan pelajar

Membimbing ke arah kefahaman (facilitating understanding)

Perubahan konseptual / pembangunan intelektual dalam diri pelajar

Kategori kelima menghubungkan antara dua kategori yang utama ini digelarkan sebagai interaksi antara pengajar-pelajar

Kategori 1 (Berpusatkan Pengajar)

Berfokus ke arah mengkonsepsikan pengajaran sebagai;

menjadi tugas pengajar mengetahui subjek pengajaran (pelajaran) dan kemudian dapat disampaikannya dengan tepat dan jelas kepada pelajar.

Andainya hasil pembelajaran tidak memuaskan, maka puncanya adalah pelajar
Pelajar akan dipersalahkan, mungkin kerana kurang bermotivasi atau kurang kemampuan. (Watkins, 1998)

Kategori 2 (Berpusatkan Pelajar)

Menitikberatkan aktiviti pembinaan kefahaman yang aktif dan kemungkinan perubahan konseptual di pihak pelajar.

Peranan pengajar pula adalah sebagai fasilitator yang akan mendorong pelajar ke arah pembinaan kefahaman tersebut.

Dilihat berupaya menghasilkan pembelajaran berkualiti.

(Watkin, 1998)

Perkaitan antara Konsepsi dan Amalan

Pensyarah yang mengkonsepsikan pengajaran sebagai penyampaian maklumat lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pengajar.

Sebaliknya, pensyarah yang menanggapi pengajaran sebagai membantu pelajar membina kefahaman sendiri lebih cenderung menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar

(Ho, Watkins dan Kelly, 2001)

Persoalan……
Ketika universiti / maktab perguruan  mempergiatkan pengajaran berpusatkan pelajar, adakah pensyarah mahupun guru di sekolah mempunyai konsepsi pengajaran sejajar dan sesuai dengan tuntutan ini?

DAPATAN: Konsepsi pengajaran

1.Tiga konsepsi pengajaran dikenal pasti

Pengajaran berpusat pelajar (SCL)

Pengajaran berpusatkan pengajar (TCL)

Bebas

Tujuan pengajaran didapati hampir sama - membawa kesan positif kepada pelajar

Kecenderungan responden ke arah konsepsi pengajaran berpusatkan pengajar

Berpusatkan Pengajar

Pengajaran bermakna menyampaikan pengetahuan kepada orang lain agar ilmu tersebut dapat mengubah individu tersebut ke arah yang lebih baik.

(Core meaning of teaching is to transmit the knowledge that we have to students and students able to benefit from my teaching).
Menyampaikan ilmu pengetahuan secara menarik dan berkesan agar pelajar dapat menggunakan ilmu pengetahuan tersebut dalam memperbaiki diri dan menjalani kehidupan selepas alam persekolahan.

Pengajaran adalah proses pemberitahuan bahan pengajaran kepada pelajar yang mana pelajar dapat menggunakannya dalam kehidupannya terutama dalam kerjaya.
Berpusatkan Pengajar

Responden yang berkonsepsikan pengajaran secara ini sangat menekankan aspek pelajar menerima pengetahuan yang disampaikan.
Erti pengajaran ialah memastikan pelajar menerima ilmu, skills yang disampaikannya.

Memastikan pelajar mendapat ilmu bermanfaat.
Dalam konteks menyampaikan maklumat dan pengetahuan ini, responden berpendapat pendidik perlu membuat persediaan dan perancangan rapi serta menggunakan kaedah yang sesuai dan berkesan termasuklah kaedah SCL.

(Effective teaching involves various/different preparations/approach and it is a long term process that must be improved from time to time).

Konsep pengajaran meliputi strategi kuliah interaktif dan saya perlu merancang teknik yang sesuai dan terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran maksimum.

Pelbagai pendekatan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan kepada SCL - kajian kes, modular, PBL, PoPBL dan sebagainya.

Pengajaran bukan lagi dilihat sebagai proses menyampaikan maklumat tetapi membantu pembelajaran pelajar hingga berlaku perubahan dalam

(For me teaching means a process that facilitates learning in students with the ultimate goal that there is a change in them that will eventually contribute to the improvement of their lives holistically).

Pengkongsian antara pengajar dan pelajar

Penekanan terhadap membimbing pelajar ke arah kefahaman

Pengajaran adalah proses perkongsian ilmu yang berterusan dan mempunyai strategi tersusun bagi pembentukan individu dan masyarakat berkualiti

(Teaching is sharing, students will get something, will change to a positive side. Teaching will be fun if we plan to include many activities, like SCL).

Pengajaran adalah satu perkongsian ilmu dan juga penambahan ilmu sedia ada. Pengajaran melahirkan insan yang cemerlang bukan sahaja dari sudut ilmu pengetahuan tetapi juga pembangunan modal insan.
(Teaching is not only sharing an experience but it also need properly planned and what is the output we expected to get at the end of teaching).

(Teaching goes beyond the four walls of the classroom. Teachers have to engage students in understanding knowledge from inside and outside the classroom).

Pengajaran dilihat bukan sahaja membawa kesan kepada pelajar tetapi juga kepada pengajar.

Pengajaran adalah amat penting untuk pembangunan sahsiah diri dan minda para pelajar juga pengajar.

DAPATAN: Bebas

Hanya menyatakan tujuan pengajaran tetapi tidak langsung menunjukkan apakah orientasi yang diambil

(To make student clear)
Pengajaran adalah mendidik

Pengajaran adalah mendidik seseorang yang memerlukan masa
(To make changes from not knowing to know about something)

Perbincangan

Jawapan responden, sama ada mereka sedar atau tidak adalah cerminan apa yang telah menyerap dalam hati mereka tentang maksud pengajaran itu sendiri.

Fenomena penyerapan dan penghayatan sesuatu isu tidak boleh dibina dalam masa yang singkat.
Ia selalunya merupakan ideologi atau fahaman yang memang termaktub sebagai satu pegangan individu yang terbentuk melalui pengaruh pengalaman dan persekitaran dulu dan sekarang.

Beberapa isu konsepsi telah ditemui.

1.Responden kajian berpegang kepada 3 konsepsi/ ideologi;

Pengajaran berpusat pelajar (SCL)

Pengajaran berpusatkan pengajar (TCL)
Pengajaran bertujuan memberi kesan positif kepada pelajar.

Tidak memberi gambaran kecenderungan konsepsi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar mahupun pengajar.
Konsepsi ini umumnya dipersetujui oleh kedua-dua penganut iaitu pengajaran berpusatkan pelajar dan pengajaran berpusatkan pengajar.

Perbincangan

2.Ideologi TCL:

Pengajaran sebagai suatu proses penyampaian maklumat atau pengetahuan kepada pelajar.

Menekankan aspek pelajar sebagai penerima pengetahuan yang disampaikan
Menekankan aspek penyediaan dan perancangan pengajaran yang rapi

Menggunakan kaedah yang sesuai dan berkesan termasuklah kaedah SCL iaitu kajian kes, modular, PBL, PoPBL dan sebagainya.
Menimbulkan tanda tanya tentang kefahaman dan kesedaran responden terhadap SCL.

Mungkin disebabkan komponen TCL masih banyak berbanding SCL dalam pengajaran hingga kaedah SCL dianggap sesuai dalam pengajaran yang berorientasikan penyampaian.
Pengajaran bukan lagi sebagai proses menyampaikan maklumat.

Penghayatan „roh SCL daripada unggkapan seperti;
kaedah membantu pembelajaran pelajar hingga berlaku perubahan dalam diri mereka

pengkongsian antara pengajar dan pelajar ,penekanan membimbing pelajar ke arah kefahaman, serta
pengajaran bukan sahaja membawa kesan kepada pelajar tetapi juga kepada pengajar.

Perbincangan

Kemunculan konsepsi pengajaran yang sedemikian menunjukkan bahawa angin perubahan yang dibawa telah mula mendapat tempat dihati pensyarah UPM.(Kajian asal)

Ini adalah satu petanda baik yang akan memberi impak yang besar kepada pelajar, kerana konsepsi pengajaran ini akan menpengaruhi amalan pengajaran sipengajar berkenaan.
Dapatan ini juga akan dapat membantu pihak universiti merancang dan memperbaiki konsepsi yang sedia ada dan masih menular dalam kalangan pendidik kita.

Kesimpulan
Pendidik dalam kajian ini belum lagi menghayati konsep SCL sepenuhnya

Makna SCL juga didapati masih kabur
Lebih banyak latihan perlu dijalankan bagi memastikan mereka berada di landasan yang betul

Memang sukar untuk berubah.

“Habits are difficult but meant to be broken”. Strategi inovatif perlu dibangunkan supaya pendidik sedar akan konsepsi yang salah dan membetulkannya.
Pelan Strategik Pengajaran Di Sekolah

Objektif:-

Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

1.Memastikan kurikulum yang berkualiti, relevan dan dinamik mengikut perkembangan semasa, dan

2.Memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh secara berkesan untuk melahirkan murid yang  berketerampilan.

Pelan Tindakan Menjelang 2020

Menambah baik kurikulum

Memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran

Memantapkan kaedah pengajaran yang berinovatif, sentiasa relevan, dinamik dan terkini bagi menyediakan pelajar yang berketerampilan dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Faktor Kritikal Kejayaan Teras

Salah satu faktor adalah;

Keupayaan Sekolah menerapkan amalan pengajaran dan pembelajaran terbaik dan berkesan akan dapat meyakinkan pihak berkepentingan tentang kualiti pembelajaran.

JADI…

Amalan pengajaran dan pembelajaran bertunjangkan semangat melahirkan pelajar yang serba boleh, matang, kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di arena antarabangsa merupakan dasar falsafah dan visi pendidikan negara.

Pengalaman pembelajaran yang seronok dan menarik perlu dibangunkan bagi membolehkan mereka melalui proses pemerolehan ilmu dari pelbagai dimensi dan versi.

Strategi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) digalakkan penggunaannya di peringkat sekolah rendah.

SCL difahami sebagai satu strategi pengajaran yang mana pelajar menjadi pemain utama dalam sesi pengajaran-pembelajaran.

Kaedah ini mendorong pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.


Prinsip utama pembelajaran berpusatkan pelajar (ONeill, Moore dan McMullin , 2005)

Pelajar mempunyai tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Penglibatan pelajar adalah wajib bagi mewujudkan pembelajaran

Hubungan antara pelajar adalah sama rata, saling menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan

Pengajar bertindak fasilitator dan sumber ilmu

Pengalaman pelajar bertemu dan bersatu ke arah matlamat pendidikan yang dihajati (domain afektif dan kognitif bergerak bersama)

Hasil daripada pengalaman pembelajaran yang dialami, pelajar melihat diri mereka berubah, berbeza daripada sebelumnya

KEPASTIAN
Peranan Guru dalam Proses Pendidikan

Efektiviti dan efisiensi belajar individu di sekolah sangat bergantung kepada peranan guru. Abin Syamsuddin (2003) mengemukakan bahawa dalam pengertian pendidikan secara luas, seorang guru yang ideal ialah dapat berperanan sebagai :

Konservator (pemelihara) sistem nilai yang merupakan sumber norma kedewasaan atau kematangan.

Inovator  (pengembang) sistem nilai ilmu pengetahuan.

Transmitor (penerus) sistem-sistem nilai tersebut kepada pelajar.

Transformator (penterjemah) sistem-sistem nilai tersebut melalui penjelmaan dalam peribadinya dan perilakunya, dalam proses interaksi dengan sasaran pelajar.

Organisator (penyelenggara) terciptanya proses edukatif yang dapat dipertanggungjawabkan, baik secara formal (kepada pihak yang merancang dan melaksanakannya) maupun secara moral (kepada sasaran pelajar, serta Tuhan yang menciptakannya).

Sedangkan dalam pengertian pendidikan yang terbatas, Abin Syamsuddin dengan mengutip pemikiran Gage dan Berliner, mengemukakan peranan guru dalam proses pembelajaran kepada murid, yang mencakupi :

Guru sebagai perencana (planner) yang harus mempersiapkan apa yang akan dilakukan di dalam proses belajar mengajar (pre-teaching problems).;

Guru sebagai pelaksana (organizer), yang harus dapat menciptakan situasi, memimpin, merangsang, menggerakkan, dan mengarahkan kegiatan belajar mengajar sesuai dengan rencana, di mana ia bertindak sebagai orang sumber (resource person), konsultan kepemimpinan yang bijaksana dalam erti demokratik & humanistik (kemanusian) selama proses berlangsung (during teaching problems).

Guru sebagai penilai (evaluator) yang harus mengumpulkan, menganalisa, menafsirkan dan akhirnya harus memberikan pertimbangan (judgement), atas tingkat keberhasilan proses pembelajaran, berdasarkan kriteria yang ditetapkan, baik mengenai aspek keefektifan prosesnya maupun kualifikasi produknya.

Selanjutnya, dalam konteks proses P&P, peranan guru lagi iaitu sebagai pembimbing (teacher counsel), di mana guru dituntut untuk mampu mengenal pasti pelajar yang  mengalami kesulitan dalam pembelajaran, melakukan analisa, prognosa, dan kalau masih dalam batas kelemahannya, harus membantu pemecahannya (remedial teaching).

Di lain pihak, Moh. Surya (1997) mengemukakan tentang perananan guru di sekolah, keluarga dan masyarakat. Di sekolah, guru berperanan sebagai perancang pembelajaran, pengelola pembelajaran, penilai hasil pembelajaran pelajar, pengarah pembelajaran dan pembimbing pelajar. Sedangkan dalam keluarga, guru berperanan sebagai pendidik dalam keluarga (family educator). Sementara itu di masyarakat, guru berperanan sebagai pembina masyarakat (social developer), perantara masyarakat (social inovator), dan agen masyarakat (social agent).

Lebih jauh, dikemukakan pula tentang peranan guru yang berhubungan dengan aktiviti pengajaran dan pentadbiran pendidikan, diri peribadi (self oriented), dan dari sudut pandang psikologis.

Dalam hubungannya dengan aktiviti pembelajaran dan pengurusan pendidikan, guru berperanan sebagai :

Pengambil inisiatif, pengarah, dan penilai pendidikan;

Wakil masyarakat di sekolah, ertinya guru berperanan sebagai pembawa suara dan kepentingan masyarakat dalam pendidikan;

Seorang pakar dalam bidangnya, iaitu menguasai bahan yang harus diajarkannya;

Penegak disiplin, iaitu guru harus menjaga agar para pelajar melaksanakan disiplin;

Pelaksanakan pengurusan pendidikan, iaitu guru bertanggung jawab agar pendidikan dapat berlangsung dengan baik;

Pemimpin generasi muda, ertinya guru bertanggung jawab untuk mengarahkan perkembangan pelajar sebagai generasi muda yang akan menjadi pewaris masa depan; dan

Penterjemah kepada masyarakat, iaitu guru berperanan untuk menyampaikan berbagai kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat.

Di pandang dari segi diri-peribadinya (self oriented), seorang guru berperanan sebagai :

Pekerja sosial (social worker), iaitu seorang yang harus memberikan pelayanan kepada masyarakat;

Pelajar dan ilmuwan, iaitu seorang yang harus senantiasa belajar secara terus menerus untuk mengembangkan penguasaan keilmuannya;

Ibu bapa , ertinya guru adalah wakil ibu bapa pelajar bagi setiap pelajar di sekolah;

model keteladanan, ertinya guru adalah model perilaku yang harus dicontoh oleh pelajar;

Menjaga keselamatan bagi setiap murid.  Murid merasakan rasa aman berada dalam didikan dan bimbingan gurunya.

Dari sudut pandang secara psikologis, guru berperan sebagai :

Pakar psikologi pendidikan, ertinya guru merupakan seorang yang memahami psikologi pendidikan dan mampu mengamalkannya dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik;

Seniman dalam hubungan antara manusia (artist in human relations), artinya guru adalah orang yang memiliki kemampuan menciptakan suasana hubungan antara manusia, khususnya dengan para pelajar sehingga dapat mencapai tujuan pendidikan;

Pembentuk kelompok (group builder), iaitu mampu mambentuk menciptakan kelompok dan aktivitinya sebagai cara untuk mencapai tujuan pendidikan;

Catalyc agent atau inovator, iaitu guru merupakan orang yang yang mampu menciptakan suatu pembaharuan bagi membuat suatu hal yang baik;

Petugas kesihatan mental (mental hygiene worker), ertinya guru bertanggung jawab bagi terciptanya kesihatan mental para pelajar.

Sementara itu, Doyle sebagaimana dikutip oleh Sudarwan Danim (2002) mengemukan dua peranan utama guru dalam pembelajaran iaitu menciptakan keteraturan (establishing order) dan memfasilitasi proses belajar (facilitating learning). Yang dimaksud keteraturan di sini mencakupi hal-hal yang berkait langsung atau tidak langsung dengan proses pembelajaran, seperti : tata tertib tempat duduk, disiplin pelajar di kelas, interaksi pelajar dengan sesamanya, interaksi pelajar dengan guru, waktu masuk dan keluar untuk setiap sesi mata pelajaran, pengelolaan sumber belajar, pengelolaan bahan belajar, prosedur dan sistem yang mendukung proses pembelajaran, lingkungan belajar, dan lain-lain.

Selari dengan keperluan kehidupan global, peranan dan tanggung jawab guru pada masa depan akan semakin kompleks, sehingga menuntut guru untuk senantiasa melakukan berbagai peningkatan dan penyesuaian kemampuan profesionalnya. Guru harus lebih dinamis dan kreatif dalam mengembangkan proses pembelajaran pelajar. Guru di masa akan datang tidak lagi menjadi satu-satunya orang yang paling well informed terhadap berbagai informasi dan pengetahuan yang sedang tumbuh, berkembang, berinteraksi dengan manusia di alam maya ini. Di masa depan, guru bukan satu-satunya orang yang lebih pandai di tengah-tengah muridnya.

Jika guru tidak memahami mekanisme dan pola penyebaran informasi yang amat cepat, ia akan terperuk secara profesional. Kalau hal ini terjadi, ia akan kehilangan kepercayaan baik dari pelajar, ibu bapa maupun masyarakat. Untuk menghadapi tentangan profesionaliti tersebut, guru perlu berfikir secara antisipatif dan proaktif. Ertinya, guru harus melakukan pembaruan ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya secara terus menerus. Disamping itu, guru perlu memahami konsep pengajaran yang berpusatkan murid.