Tuesday 24 April 2012


Kepercayaan kepada Tuhan
Definisi :
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kata Kunci :
- keyakinan wujud Tuhan

- Tuhan pencipta alam

- Mematuhi segala suruhan agama

Contoh :

- David selalu pergi ke gereja untuk menunaikan sembahyang bagi dirinya yang beragama Kristian.

- Pihak sekolah membenarkan para pelajar Islam untuk mengerjakan sembahyang Asar pada sebelah petang (4.05 petang).

- Penganut Hindu menjayakan Hari Ponggal di kuil dengan acara sembahyang dan bersyukar kepada Tuhan.

- Pengatua sekolah mengadakan Hari Maulidurasul supaya pelajar sekolahnya memperingati Allah dan Nabi Muhammad pada hari mulia ini.

- Pihak sekolah mengadakan program sembahyang hajat sebelum peperiksaan awam,iaitu PMR untuk pelajar Islam .

Amanah
Definisi :
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Kata kunci : - Sikap kepercayaan
- Menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

Contoh : - Samsiah telah mencuci pinggan mangkuk selepas makan tengah hari seperti yang telah dijanjikan kepada ibunya.
- Tidak menyelewengkan wang dan harta benda kerajaan ialah sikap amanah setiap pegawai kerajaan.
- Membuat kerja sekolah seperti mana yang telah diamanahkan oleh guru sehingga siap kerja tersebut.
- Seorang warganegara Malaysia tidak akan membocorkan rahsia negara sendiri kepada negara lain.
- Encik Syarif telah menyerahkan sebuah beg bimbit yang tertinggal di dalam teksinya kepada pihak polis.

Harga Diri
Definisi :
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kata Kunci :
- Berupaya,berkeyakinan
- Memuliakan diri
-Menjaga maruah diri

Contoh : - Kassim mempunyai matlamat hidup dengan berusaha bersungguh-sungguh belajar sehingga ke peringkat universiti.

- Sarjan Hamid tidak menerima rasuah kerana mengamalkan prinsip hidup yang bebas daripada amalan negatif.

- Salleh tidak mahu meminta sedekah walaupun dia miskin kerana mempunyai maruah diri bahawa dia masih boleh bekerja.

- Ganesan mempunyai falsafah hidup untuk membantu orang-orang tua kerana dia berasa orang tua juga perlu ada harga diri dan maruah.

- Gowri sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu kerana itu merupakan satu bidang yang penting untuk menjaga kebahagiaan hidupnya.

Bertanggungjawab
Definisi :
- Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kata kunci : - Kesanggupan memikul
- Melaksanakan tugas / kewajipan dengan sempurna

Contoh : - Mazlan tidak membahayakan diri dengan berlumba motosikal haram kerana dia faham perbuatan tersebut melambangkan rakyat yang tidak bertanggungjawab.
- Harry mematuhi undang-undang sekolah dengan berpakaian kemas seperti seorang pelajar yang bertanggungjawab.
- Koperal Farid daripada pasukan polis tidak pernah menerima rasuah kerana ini merupakan kesalahan dan perbuatan tidak bertanggungjawab bagi seorang anggota polis.
- Selaku setiausaha Persatuan Alam Sekitar, Mohd Zaki tidak menolak tugas yang diamanahkan oleh gurunya untuk menulis minit mesyuarat.
- Nik Karim melakukan kerja rumahnya sehingga siap sebelum dia pergi berehat menonton televisyen.

Hemah Tinggi
Definisi :
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

Kata Kunci : - Beradab sopan
- Berbudi pekerti mulia
- Mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain

Contoh: - Rosida tidak sombong dan tidak suka menunjuk kelebihan diri kepada orang lain.
- Steven senang diajak untuk berbincang dan menjawab pertanyaan dengan tulus dan ikhlas.
- Osman tidak suka menyinggung perasaan rakan dengan sengaja.
- Farouk sentiasa menjaga perilaku diri supaya disenangi oleh orang lain.
- Hassan tidak bersikap kasar terhadap orang lain dan tidak menjatuhkan maruah orang lain

Toleransi
Definisi :
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kata kunci : - Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
- Mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham

Contoh : - Encik Latif bertolak ansur dengan jirannya kerana anak jirannya sering meminta pertolongan daripadanya untuk aktiviti berkebun.
- Tina tidak suka persengkataan dalam perbualan harian dengan rakan dengan mengelakkan perbincangan isu-isu sensitif.
- Kamal tidak marah apabila keretanya dilanggar oleh pemandu lain kerana dia tahu kemalangan ialah perkara yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan.
- Aminah tidak bersikap perkauman apabila mencari kawan untuk dibual dan bersukan kerana dia tahu perkauman itu boleh menyebabkan perasaan tidak senang hati.
- Kamsiah mengawal perasaannya apabila dia dituduh oleh rakannya bahawa dia merosakkan pita rakaman guru sejarah walaupun dia tidak melakukannya.




Berdikari
Definisi :
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kata kunci : - Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu
- Tanpa bergantung kepada orang lain

Contoh : - Liza menguruskan keperluan sendiri dengan membasuh pakaian dan mengemas bilik sendiri.
- Azlin, sebagai seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, berkeyakinan memberi pertolongan cemas kepada peserta yang pengsan ketika hari sukan sekolahnya.
- Li Pei berlatih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran diri untuk menyertai pertandingan lumba basikal di sekolahnya.
- Khamzali, seorang ketua pasukan bola sepak yang berinisiatif dan bermotivasi telah mendorong pasukannya menjuarai liga sekolah dua tahun berturut-turut.
- Haslim berusaha menyelesaikan masalah kerja sekolahnya dengan tanpa bertanya kepada orang lain.




Kerajinan
Definisi :
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata kunci : - Usaha yang berterusan
- Ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju

Contoh :
- Mastura sentiasa membuat banyak latihan dalam mata pelajaran Matematik supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
- Siva mempunyai hati yang cekal untuk menghadapi kegagalan dan bertekad untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.
- Swee Chang meletakkan objektif pencapaian dalam peperiksaan SPM iaitu mendapat 10A dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif tersebut tanpa berasa jemu.
- John sentiasa menunjukkan daya inisiatif dengan membuat persediaan awal tentang pelajaran yang akan diajar oleh gurunya pada keesokan hari.
- Khairul berlatih bersungguh-sungguh apabila berjaya mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pidato.

Kasih Sayang
Definisi :
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kata kunci : - Cinta yang mendalam serta berkekalan
- Hati yang ikhlas

Contoh : - Pada musim perayaan, Latif memandu kereta untuk balik ke kampung dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
- Encik Manohar memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anaknya untuk mengekalkan kehidupan keluarga yang harmonis.
- Zulaiha sentiasa menjaga kesihatan kucing peliharaannya serta memberi makanan yang berzat yang mencukupi kepada kucingnya itu.
- Tat Ming membantu untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda mangsa yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Baru.
- Penduduk Kampung Murni bergotong-royong untuk menjaga kebersihan kampung halaman dan sungai.

Keadilan
Definisi :

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

 Kata Kunci :

- tindakan dan keputusan 

- Saksama

- Tidak berat sebelah

 Contoh :

- Guru memberi markah dengan adil berdasarkan pencapaian pelajar dan bukan kerana ukuran kecantikan dan kekayaan keluarga pelajar tersebut.

- Sentiasa menyiasat dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

- Memberi gaji atau ganjaran kepada pekerja berdasarkan pengalaman dan kemahiran.

- Menjatuhkan hukuman setimpal dan wajar berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Negara yang digubalkan oleh kerajaan negara.

- Tidak dipengaruhi oleh pujuk rayu orang lain dalam membuat keputusan yang wajar dalam sesuatu kes atau situasi.

Rasional
Definisi :

Dapat berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan akan mengambilkan tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

 Kata Kunci :

- Dapat berfikir

- Alasan dan buki yang nyata

- Mengambil tindakan wajar

Contoh : 

- Sebagai ketua pasukan,Satish memikirkan cadangan ahli kumpulannya sebelum membuat sesuatu keputusan.

- Suzana sanggup menerima teguran guru dengan hati yang terbuka kerana kesalahan menyalin latihan matematik daripada rakannya dan tidak membuat sendiri.

- Zaidi memberi nasihat kepada rakannya yang terlibat dalam kegiatan bohsia.

- Penduduk Kampung Makmur membuat laporan polis apabila berlakunya kes pecah rumah di kampung tersebut.

- Cindy Tan tidak melakukan perbuatan yang melanggar peraturan kerana memikirkan kesan tindakan disiplin yang tegas oleh pihak pentadbir sekolah

 

Kesederhanaan

Definisi :

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Kata Kunci :

- Bersikap tidak keterlaluan 

- Membuat pertimbangan dan tindakan

- Tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

 Contoh :

- Encik Lim tidak kedekut membelanjakan wang,terutamanya untuk menderma kepada orang yang memerlukan bantuan.

- Harris tidak membuat tuntutan secara berlebihan daripada majikannya kerana tuntutan yang berlebihan akan menyebabkan kos syarikat meningkat.

- Lawrence sentiasa berfikir secara rasional apabila membuat sesuatu keputusan atau ketika mengambil sesuatu tindakan.

- Rita mangawal pertuturannya dengan rakannya supaya tidak melampaui batas agar menjaga nama baik diri sendiri dan sekolah serta keluarganya.

- Usaha berpakaian sopan apabila pergi ke majlis kenduri rakannya.



Kasih sayang terhadap keluarga

Definisi :

Perasaan cinta,kasih, dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Kata Kunci :

-Cinta,kasih, dan sayang

-Mendalam dan berkekalan

-Terhadap keluarga

 Contoh :

- Aisyah membuat kek hari jadi untuk ibunya sempena sambutan hari jadi ibunya.

- Salim membawa ayahnya ke hospital kerana ayahnya demam panas.Dia berharap ayahnya akan cepat sembuh dengan mengambil ubat doktor.

- Pang Chin Joo selalu meluangkan masanya di rumah selepas waktu pejabat untuk beramah mesra dengan anak-anaknya.

- Keluarga Ali sangat mementingkan keputusan semua ahli keluarganya.

- Kerajaan Malaysia mengisytiharkan tarikh 1 Oktober pada setiap tahun sebagai Hari Warga Tua.Ini membolehkan setiap masyarakat Malaysia dipupuk untuk memberikan kasih sayang mendalam terhadap warga tua yang selama ini diabaikan

Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Definisi :

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluga yang harmonis

 Kata Kunci :

- Memuliakan setiap anggota keluarga

- Layanan sopan

- Mewujudkan keluarga harmonis

 Contoh :

- Karim memberi salam kepada prang yang lebih tua di rumahnya selepas pulang dari sekolah.

- Ibu bapa Mohammad Hafiz tegas dan menghormati datuk yang berusia telah menjadi contoh yang baik dan diteladani oleh anak-anak di rumah.

- Hammy Yong kerap menolong ahli keluarga yang berada dalam keadaan kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri dan juga bentuk balasan.

- Emily sentiasa meminta kebenaran ibu bapa apabila ingin keluar dari rumah atau pergi ke rumah rakannya.

- Osman bersedia menolong ibu bapa membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan selepas makan dan juga meringankan beban ibu bapa di runah.

Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Definisi :

Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat,dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

 Kata Kunci :

- Menerima,menghormati dan mengamalkan 

- Kebiasaan,adat dan kepercayaan

- Diwarisi secara turun-temurun

 Contoh :

- Anak masyarakat petani kaum Sabah mnghormati adat musim tuai padi ketika perayaan Hari Tuai.

- Kewujudan tarian gamelan dan makyung pada zaman sekarang menunjukkan masyarakat Malaysia masih lagi mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka.

- Anak bangsa Cina memakai pakaian gelap ketika kematian berlaku untuk menghormati keluarga orang yang telah meninggal dunia.

- Pemakaian songkok dan baju Melayu ketika Hari Raya Puasa menandakan penghormatan anak-anak Melayu terhadap kebudayaan masyarakat Melayu.

- Pengekalan tarian singa dan naga ketika perayaan Tahun Baru Cina menunjukkan masyarakat Cina masih lagi setia dengan tradisi kekeluargaan mereka.

Tanggungjawab Terhadap keluarga
Definisi :

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
 
Kata Kunci :

- Kewajipan dilaksanakan 

- Individu terhadap keluarga

- Melahirkan keluarga bahagia

 Contoh :

- Kai Chin sentiasa menolong ibunya memasak semenjak ibunya jatuh sakit.

- Aishah mengajar anaknya mengaji Quran dan mempelajari agama Islam.

- Harris menyuap makanan ke mulut adiknya ketika berkelah kerana tangan adiknya berpasir selepas dia membina istana pasir.

- Osman dan Juriah menjaga imej mereka selaku ibu bapa di hadapan anak-anak mereka.

- Simon menjalankan tugasnya selaku abang untuk menyelesaikan persengketaan antara adik-beradiknya.

Menyayangi Dan Menghargai Alam Sekitar
Definisi :
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Kata Kunci :
- Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling
- Mengekalkan keseimbangan ekosistem

Contoh :
- Kalimuthu menanam pokok-pokok renek hijau untuk mencantikkan kawasan persekitaran rumahnya.
- Kerajaan negeri Pahang telah menjalankan rancangan penanaman semula hutan untuk menggantikan pokok-pokok hutan yang telah ditebang untuk tujuan pembalakan.
- Perdana Menteri Malaysia mengarahkan rakyat negara ini agar tidak membakar sampah secara terbuka kerana ini akan menimbulkan masalah jerebu di negara ini.
- Kerajaan British dan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk mewujudkan alam sekitar yang sihat dengan memilih Sabah dan Sarawak sebagai kawasan tadahan dan perlindungan untuk membekalkan udara bersih di dunia.
- Undang-undang negara melarang kilang-kilang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai atau laut.


Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam Sekitar
Definisi :
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Kata Kunci :
- Saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekeliling
- Kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

Contoh :
- Penduduk Kampung Kurnia mengadakan gotong-royong menebas semak samun dan menanam tayar-tayar serta tin di kawasan pembuangan sampah yang dikhaskan.
- Kilang kertas tisu menggunakan bahan kertas terpakai untuk membuat produknya.
- Sekolah Menengah Seri Murni mengadakan kempen mengutip surat khabar lama untuk tujuan kitar semula.
- Sekolah Tinggi Muar mengadakan kempen mencantikkan kawasan sekolah dengan menanam tumbuhan-tumbuhan renek di kawasan sekolahnya.
- Badan Penilaian Impak Alam Sekitar ( EIA ) Malaysia meluluskan projek-projek pembangunan yang berteraskan pemuliharaan alam sekitar.


Kemapanan Alam Sekitar
Definisi :
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Kata Kunci :
- Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
- Sebagai tanggungjawab bersama

Contoh :
- Persatuan Peladang Malaysia telah mengadakan ceramah kepada peladang tentang cara pengurusan ladang yang sistematik.
- Penduduk Kampung Cukai telah bekerjasama mengusahakan kawasan terbiar untuk menanam pelbagai jenis tanaman.
- Pihak FELDA dan MARDI telah menolong para petani dan pekebun agar bertanggungjawab dalam pengurusan tanah terbiar.
- Persatuan Pencinta Alam telah mengadakan kempen membersihkan kawasan tasik sekolah dan memelihara pelbagai habitat tasik dan kolam di sekolah.
- Pihak pengusaha pelancongan bertanggungjawab memelihara kawasan lagun dengan memastikan keseimbangan ekosistemnya.


Peka Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar
Definisi :
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Kata Kunci :
- Prihatin terhadap persoalan berkaitan dengan alam sekeliling
- Berusaha menyelesaikannya

Contoh :
- Penduduk Taman Selayang sanggup berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan masalah pencemaran udara.
- Penduduk Kampung Jeram berusaha meningkatkan kualiti udara dengan mengurangkan pembakaran sampah secara terbuka.
- Tabung Alam Sedunia ( WWF ) telah melancarkan kempen kesedaran untuk memulihara kawasan tanah tinggi di negara ini.
- Lam Heng suka mendengar ceramah Persatuan Pencinta Alam di sekolahnya kerana dia menganggap ceramah itu memberi manfaat kepadanya.
- Kerajaan mengharamkan penggunaan klolofluorokarbon (CFC ) dalam industri pembuatan yang dapat menjejaskan kualiti alam sekeliling.

Cinta Akan Negara

Definisi :
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Kata Kunci:
- Sayang dan bangga kepada negara
- Kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Contoh:
- Semua rakyat Malaysia bekerjasama untuk mencapai tujuan inflasi sifar.
- Indra berasa bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia dan sering menulis tentang keunikan Malaysia kepada sahabat pena di luar negara.
- Semasa pilihan raya umum diadakan, Musa mahu mengundi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat yang cinta akan negara.