Thursday 26 April 2012


Bahasa Melayu Memang Ada Nilai Ekonomi

Kuala Lumpur , 22 Nov. -  Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi.
“Tahun 2015, ASEAN akan mempunyai pasaran  terbuka. Ini bermakna bahawa produk dan perkhidmatan akan mempunyai pasaran yang lebih luas. Dengan lebih 300 juta penutur bahasa Melayu di rantau ini, bermakna peluang untuk bahasa Melayu digunakan oleh pasaran ASEAN juga akan lebih meluas,” tegas beliau ketika merasmikan Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Sektor  Swasta di DBP.
Beliau juga berkata, usaha yang berterusan dalam konteks ASEAN perlu dilakukan untuk membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang digunakan dalam urusan perdagangan dan pasaran.
“Yang perlu dan yang lebih penting dilakukan sekarang ialah usaha meyakinkan orang menggunakan bahasa Melayu, berbanding memaksa mereka menggunakannya,” tambah beliau lagi.

No comments:

Post a Comment